BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 2 Oktober 2009

BAB 1


Masa terhenti.Semua yang berada di situ kaku.Erin cuba melambaikan tangannya di hadapan Aira,namun tiada reaksi.Tangannya masih lagi mengeluarkan cahaya berwarna silver.Namun dia pelik,cuma dia dan seorang lelaki yang berada di hujung cafe itu yang bergerak.
Tiba-tiba tangannya ditarik keluar dari cafe.Dia terpaksa mendongakkan kepalanya sedikit.'inikan lelaki yang ada kat cafe tadi?'Erin cuba meronta tapi pengangan kemas lelaki itu menyekat tangannya.Sehingga sampai di suatu tempat,baru lelaki itu melepaskan pegangannya dan berkata.

"Sekarang tengok apa aku buat!'Kemudian lelaki itu menghalakan tangannya ke arah sebatang pokok.

"BANG!!!"Pokok itu tumbang.

Erin melopong.'Biar betul!'Erin meluaskan pandangan terhadap lelaki itu.Terdapat tanda pelik yang sama pada tangannya.

"Tanda yang ada kat tangan kau menujukkan bahawa kau ni kesatriake-7,iaitu SilverKnight.Aku adalah KnightWays,kesatria ke-4.Aku ditugaskan oleh Queen Marabella untuk bawa kau pulang."Lelaki itu mengahalakan tangannya ke arah sebuah kawasan lapang.Muncul sebuah portal bewarna biru.Erin masih lagi melopong.

Tidak percaya dengan dirinya,dia cuba menampar pipinya.Sebelum sempat dia menampar,lelaki itu menyerangnya.Nasib baik sempat elak.Dia menghembuskan nafas lega.

"Dah tahu ini bukan mimpi?"KnightWays menyindir.

"Cepat!ikut aku!!" perintah KnightWays bila melihat Erin masih diam.

'Huh,gila ape mamat tu!Nak sedarkan orang pun baik-baikla..ni main serang tak tentu pasal.Mentang-mentang ada kuasa magik,suka hati dia jerk!Nasib baik muka cute aku ni tak calar.Hish!Geram betul!!'Erin mendengus.Dia juga masih tak berganjak.
KnightWays menoleh ke belakang.

'Comel gak budak ni.Bila habis je misi ni,aku nak tackle dialah!'dia memasang azam di dalam hati.Dilihatnya SilverKnight masih belum berganjak.

"Apa yang kau nak tanya hah?"
Erin yang tadinya sepeti memikirkan sesuatu terentak lalu merenung wajah KnightWays.

"Kalau aku pergi ngan kau,macammane kehidupan aku kat sini?pelajaran aku?kawan-kawan aku?kalau diorang cari aku camne?"bertalu-talu soalan yang ditujukan oleh Erin.KnightWays selamba.

"Jangan risau,semua Queen Marabella dah pun uruskan.Sekarang kau ikut aku jek.Cepat,nanti portal itu tertutup."Erin masih lagi tak bergerak.
KnightWays berjalan ke arah Erin lalu mengangkat Erin.

'Ringannya pompuan ni!'Dia berkata di dalam hati.
Bagai terasa renjatan elektrik,Erin bingkas turun.KnightWays terus menolak Erin ke portal yang tinggal bape langkah lagi je.
Erin terdorong ke depan sambil menutup matanya.Dia takut.Apabila dia membuka matanya,keadaan di situ gelap.Dia menyebut perkataan 'SilverKnight'.Lalu keluar cahaya bewarna silver.Tidak semena-mena,dia ditolak.

"Hey!tak payahlah nak tolak aku!pandailah aku jalan sendiri!"Erin menegking.Sebenarnya dia sakit hati.

Sangkanya itu adalah KnightWays,namun sangkaannya meleset.Makhluk itu kelihatan ganas.Erin menapak ke belakang secara perlahan.Makhluk itu membuka langkah untuk menyerangnya.Tiba-tiba..

"SORATIFUIS"keluar cahaya bewarna biru yang terang dapat membuat makhluk itu berari ketakutan sebelum bertukar menjadi kepulan asap.Erin cuba mencari wajah di sebalik kepulan asap.

"KnightWays??"

"Ya,ini aku.Dan tak payah panggil aku dengan nama camtu.Putar belit lidah kau nak sebut.Panggil je Haiqal.."

"Ohh..Haiqal..tapi ko ni manusia ek?"

"Yes,I'm human,just like you.Anyway,aku nak panggil kau apa selain Silver?

"Engku Erinna.Panggil jek Erin."Haiqal menggangguk.

"Jomlah,tempat ni bahaya.Tak pasal-pasal aku jadi hero lagi nanti"kata Haiqal sambil tersengih-sengih.
Erin membulatkan matanya.Haiqal menghulurkan tangannya kepadanya.Erin pelik.

"Tolong usapkan tangan aku leh?"pinta Haiqal manja.Erin bertambah pelik jadinya.

"Asal ngan kau?tadi garang..sekarang..ermm..ko demam ek?"Tadi kat dunia aku,puhhhh sporting abis.Kat sini,manja macam biul.Erin cuba meletakkan tangannya di dahi Haiqal.Haiqal pantas menepis.

"Aku suruh kau usapkan tangan aku sebab tangan aku panas masa keluarkan cahaya tadi..tu pun sebab nak tolong kau!Dahlah! biar aku buat sendiri"Haiqal melenting.
Erin disebulungi rasa serba salah.Haiqal mengerling wajah bersalah Erin.'Padan muka!'Ejek Haiqal.Namun bila memikirkan balik,merekamasih di dunia kegelapan.

"Jom kite balik."Kata Haiqal lembut.

'Aik??!pelik betul mamat ni.Tadi nengking,skrang lembut la pulak'Erin pantas menggangguk.Seram juga dia kat situ.
Tanpa mereka sedari,ada mata yang memerhatikan mereka...

0 ulasan: