BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 23 Oktober 2009

BAB 5

TOK!TOK!TOK!

Pintu dibuka.Kelihatan Heris,pesuruh Queen Marabella datang.Dia tersenyum.

"Cik,ini senjata cik.SILVERSWORD.Sila jaga peralatan ini dengan hati-hati,dan tolong hargainya."Erin hanya mampu mengucapkan terima kasih.Lalu dia menutup pintu selepas dia pasti yang Heris sudah tiada.

Lantas dia menghempaskan dirinya ke katil.Dia mengimbau kembali pertemuan dia dengan Eric.Ahh!!!serasa dirinya mahu menjerit sahaja.Kadangkala dia ketawa kecil mengenangkan pertemuan mereka yang agak simple.Pedang yang dibagi oleh Heris tadi disimpannya di tempat khas.Erin mahu mengabarkan berita ini kepada Haziq dan Haiqal.Dan dia juga mahu bertanya apa yang mereka dapat sebagai senjata.

*************************************************************************************
"Erin,kau belum lagi jawab soalan kitaorang.Kau pergi mana tadi hah?"Tanya Haiqal yang kelihatan seperti tidak puas hati sahaja.

"Ha ah.Kau pergi mana?"Haziq pula bertanya.

"Ntah,tetiba jek aku ada kat situ.Rasanya kat tempat firstime aku datang sini ngan Haiqal."Dia sendiri pun tak pasti.

"Darkforest?Itukan kawasan Darksym.Engkau dilarang untuk pergi kesitu lagi!"Haziq terkejut.

"Yelah yelah..aku tak pergi ke situ lagi..eh,kau dapat senjata apa ye?"tanya Erin mengalah.

"Aku dapat panah busur.Kau Haziq?"

"Aku dapat WONKNIFE."

"Eleh..cuma dapat tu jek,aku dapat senjata cam Chinese sobre tu"Celah satu suara.Rupanya-rupanya Ellie.

"Awak dapat apa Haiqal?"Tanya Ellie ramah.Haiqal mencebik.Kerana malas nak melayan Ellie,dia bertanya kepada Erin.

"Kau pula dapat apa Erin?"

"Ohhh aku dapat..ermm..ape yek namanye..ermmm...HAH!!!namanya SILVERSWORD."Ujar Erin teruja.Yang lain ternganga.

"Gila la kau!!!!hebat tau pedang tu!!"Haziq berkata separuh menjerit kerana teruja.

"Itu senjata paling best tau!!"Sambung Haiqal pula.Ellie pula makin benci melihat kemewahan yang diberi kepada Erin.

"Macam bagus sangat.."Cebik Elliie.

"Memang bagus pun..."Kata Iman yang entah bila muncul.mungkin dengar apa yang diucapkan oleh Ellie.Dilihatnya juga Aary disebelahnya.

"Congrats,you deserve it.."Puji Iman.

"You're welcome."

Tiba-tiba satu garis kuning halus berada di hadapannya.Rupa-rupanya Twinkle.

"Queen Marabella menyuruh kamu semua berkumpul di dewan makan pada esok pagi ni pukul 8:00 ante meridian.Itu saja."Katanya lalu pergi.

"Asal Ratu suruh kita berkumpul lagi?"Tanya Aary.

"Entahla...pegi je lah.."kata Erin mewakili mereka semua dan beredar ke bilik masing-masing...

0 ulasan: