BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 30 November 2009

BAB 11



Sementara Erin sedang sibuk melayan para tetamu yang hadir,dia mengambil kesempatan keluar daripada dewan itu.Lalu menuju kearah bagunan istana yang merupakan tempat tinggal mereka dan juga Eric.



Dia mengeluarkan segugus kunci daripada poketnya dan mengunci pintu itu.Memandangkan tiada reaksi,dia berlalu dari situ secara senyap,tidak mahu sesiapa pun yang tahu apa yang dilakukan.Kalau tidak,pasti dia akan didenda mencuci seluruh istana seperti bulan yang lalu apabila dia didenda bersama Haziq kerana mengenakan sumpahan terhadap Ellie.Ianya mengambil masa 2 hari untuk menyiapkannya.Dia sudah serik.



Selepas melepasi luar pagaristana,dia tahu dia sudah berjaya.'Padan muka kau!Kan aku dah bagi amaran!Sekarang rasalah penangan daripada Knight Ways.'Katanya bangga.Dia lihat sekeliling,langit pada malam itu merah,pelik.Suatu perkara yang baharu semenjak dia berada disini.Angin lembut meniup awan daripada melindungi bulan.



Dia terkejut.Bulan itu bewarna merah.Petanda yang buruk atau baik?Dia berteka-teki sendirian.

Tiba-tiba,dia lihat kepulan awan hitam menuju ke arah Hall of Kingdom.Lantas dia berlari dengan kepantasan maksimun yanng dimilikinya.



Dirempuhnya pintu utama dewan itu.



"DUM!!"Semua melihatnya.Namun dia tak peduli.Dia berlari ke arah dimana Queen Marabella sedang berbual dengan Erin.



"Ratu,disini ada bulan warna merah?"Tanyanya tercungap-cungap.Queen Marabella mengangguk.



"Petanda baik atau buruk?"Tanyanya lagi.Erin pelik.'Asal dia tetiba jek cakap pasal bulan?'



"Bulan merah bermaksud petanda buruk.Ianya hanya boleh dilihat oleh orang yang mempunyai tanda lahir sahaja. Kenapa?"Ratu menjelaskan.



"Rasanya Ratu kena tengok apa yang sedang berlaku di luar sekarang ini."Pintanya.Queen Marabella hanya menurut.Erin juga sama.Apabila mereka berada di luar mereka bertiga terkejut.Lantas Queen Marabella menjerit.



"ARAHKAN SEMUA ORANG KELUAR DAN KESATRIA BERSEDIA UNTUK MULAKAN LATIHAN KAMU!!"Katanya.



Mereka semua yang berada lantas keluar daripada dewan dan kesatria berkumpul sebaris di hadapan Queen Marabella.

"Bersedia untuk mulakan latihan kamu.Twinkle,tolong ambilkan pakaian khas bagi para kesatria."Arahnya.

Mereka semua bingung.Takkanlah sekarang.Tak boleh tunggu sampai esok pagi ke?Tapi mereka sedar memang tugas mereka.Dengan hanya petik jari,pakaian kesatria sudah melekat pada badan mereka.Pakaian yang direka khas,(sebenarnya saye main hentam,x tahu baju ape)
Mereka memakai baju bewarna silver dilengkapi dengan pedang,panah,pisau,sarung tangan logam nipis yang mampu mengeluarkan cahaya Efanta,perisai pada badan mereka menampakkan seperti seorang askar.Queen Marabella tersenyum,dia menoleh,awan hitam sudah dekat,bererti pasukan Helios sudah semakin hampir.

"Alex,panggil Eric sekarang!"Perintahnya.

"Tidak perlu."Celah seseorang.Eric!Mereka semua memandang kearahnya.Terkejut.Lagi-lagi si Haiqal.'Macammane dia boleh terlepas?'

Eric menjeling kearah Haiqal.Melihatkan perubahan muka Haiqal,dia pasti memang Haiqallah orangnya.

"Jangan risau,Ratu.Dia takkan dapat melakukan ape-ape."Katanya tenang.

"Bagaimana kamu mahu menentang Helios itu?"Tanya Ratu.

Helios??Mata mereka semua terbeliak.Terkejut.Benarkah Helios,Raja Kejahatan itu akan menyerang?Nampaknya mereka semua sudah bersedia.Erin yang nampak lebih confident masa itu.Dia melangkah kehadapan sama dengan Eric.

"Kami akan menghalangnya dengan Permata Bearress."Kata Erin.Cukup yakin.Eric mengangguk.

"Baiklah,SilverKnight dan Eric Eclipse akan mengetuai misi kali ini.Patuh pada arahan mereka."Queen Marabella berkata.

"Sebentar.ERMANIO ARRALGOSSIO!"Queen Marabella mengembalikan kuasa Eric.Kini dia kelihatan lebih bertenaga.

Eric dan Erin berada di barisan hadapan.Dengan semangat yang diiringi,mereka mulakan misi mereka yang pertama dengan melawan tentera Helios bersama dengan seorang putera kejahatan.

0 ulasan: