BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 27 November 2009

BAB 11


"Twinkle,tolong saya panggilkan kesemua para kesatria di Hall Of Kingdom.Kita buat majlis sempena kepulangan SilverKnight.Oh ya,jemput sekali Eric."Arah Queen Marabella.

"Kenapa kita perlu jemput dia Ratu?Bukankah dia itu musuh kita?"Soal Twinkle.

"Jangan risau,kekuatan dia sudah pun saya kunci.Dia tidak dapat menggunakan kuasa dia.

"Oh...saya minta diri.."Kata Twinkle.

"AWAK TAHU KENAPA SAYA PANGGIL AWAK?"Tanya Queen Marabella.

"Tidak."Jawab Eric sopan.Queen Marabella menghalakankan tangannya dan..

"Ecsopella Mariatush!!"Satu ayat magik yang digunakan untuk mengambil kuasa lawan yang hanya diketahui oleh ahli magik-magik peringkat tinggi sahaja.

Eric terkejut.Namun dia tahu kenapa Ratu memperlakukannya sebegitu.

"Kamu tidak marah Eric?"Tanya Ratu.Pelik.

"Tidak.Kerana saya tahu Ratu membuat saya begini semata-mata hendak melindungi orang-orang Ratu."Jawab Eric tenang.

"Bagus kalau awak dah tahu.Selain itu,saya mahu tanya.Bagaimana awak bertemu dengan Erin?"Tanyanya lagi.

"Saya bertemu dengannya di Dark Forest semasa saya cuba mengelakkan diri saya dari ayah saya.Saya nampak cahaya bewarna Silver dan mendapati Erin sedang terbaring.Sya cuba mengintai apakah dia itu penceroboh daripada dunia Fantasym.Lepas itu dia perkenalkan dirinya."Panjang lebar Eric menerangkan.

"Dia menerangkan status dia disini atau memberitahu nama sebenar?"

"Erin memberitahu nama penuhnya,Engku Erinna sahaja.Rasanyalah..saya dah tak beberapa ingat."Dia tersenyum.Queen Marabella terkejut.Engku Erinna?

"Er...nama penuh kamu?Queen Marabella sudah mula beranggapan.

"Nama saya Engku Fadzriq Danish.Eric nama pendek."Bagaikan halilantar menyentak mindanya.Benar.Ini bukan mimpi.Ini juga bukan bohong.Sahlah mereka berdua itu anakkku!Tinggal satu perkara lagi.

"Eric,kamu tidak kisahkan jika..."Dia terhenti apabila Twinkle muncul.

"Ya,ada apa Twinkle?"Taya Queen Marabella.

"Bukankah tadi Ratu yang memanggil saya?"Twinkle bingung.Sebentar tadi Ratu ada memanggilnya.Adakah dia dipermainkan?



"Oh,maafkan saya,tadi saya suruh apa?"Tanya Queen Marabella balik.



"Sebentar tadi Ratu suruh saya kumpulkan semua para kesatria bagi meraikan kepulangan SilverKnight.Mereka semua sudahpun berkumpul.Cuma tinggal tunggu ketibaan Ratu sahaja."Beritahu Twinkle.Ahli-ahli penghuni disitu tidak dibenarkan memanggil para kesatria dengan nama sebenar kerana ia seperti tidak menghormati orang yang lebih tinggi pangkatnya.



"Ok,baiklah.Maafkan saya.Eric,marilah,kita pergi ke majlis itu."Dengan penuh sifat keibuan Queen Marabella mempelawa Eric untuk menyertai majlis itu.



"Maafkan saya.Saya rasa saya tidak layak untuk berada di majlis itu kerana mungkin dengan kehadiran saya kesemua mereka yang berada di situ tidak senang hati."Dengan penuh hormat Eric menolak.



Queen Marabella mengangguk.Faham akan kedudukan anaknya itu.Anak?dia memang sudah yakin itu memang anaknya.



***********



Mereka yang berada di dewan itu semuanya berpakaian indah dan cantik.Terdapat pelbagai hidangan yang disediakan di ats meja hidangan.Begitu besar majlis bagi meraikan kepulangan Erin sehingga membuatkan dirinya berasa sakit hati.



"Hai Ellie,cantik kau hari ini."Puji Jullie.Seorang lagi pembesar di kawasan Fantasym.Ellie bangga.



Erin yang memakai kain sutera warna biru pemberian Eric semasa dia menatap di rumah Eric yang merupakan tempat persembunyiannya.



"Bila kau beli baju ini?"Tanya Iman hairan.



"Oh,aku tak beli pun..dia yang kasi.."Erin memberitahu.Tetapi Iman sudah tahu.

"Ini mesti Haiqal yang kasikan?"Iman tebak.Kalau bukan Haiqal,siapa lagi.

"Bukanlah..Eric yang kasi.."Dia memberitahu sekali lagi.Hampir tersembur air yang tengah dalam pememprosesan untuk ditelan ke muka Erin.Tersedak-sedak dibuatnya.Haiqal yang tadinya sedang berbual dengan Jullie menoleh lantas meminta diri daripada Jullie untuk beredar.

"Apasal kau sampai tersedak-sedak ni?"Tanya Haiqal.Dia cuba meredakan Iman.

"Dia terkejut sebab Eric yang bagi baju itu kat dia."Sampuk Ellie yang jelas tidak senang apabila ramai orang memujinya sedangkan dia hanya dipuji oleh Jullie dan Shahrul.

Haiqal terkejut.Gelas yang dipegangnya terlepas tetapi sempat dia menangkapnya dengan menggunakan keistimewaannya dalam kepantasan.

"HAH??!!ERIC YANG BAGI?"Suaranya yang kuat itu telah mengundang mata para tetamu.Haiqal meminta maaf.Dia menarik Erin ke ruang yang sedikit jauh daripada perhatian orang lain.Erin belum sempat menjawab terdengar bunyi trumpet menandakan bahawa Ratu sudah sampai.

"Terima kasih kerana sudi hadir dalam majlis menyambut kepulangan salah seorang para kesatria kita,SilverKnight.Dan secara rasminya hari juga saya mengisytiharkan bermulalah latihan sebagai seorang kesatria.Semoga anda terhibur dengan majlis kami ini."Ucapan Queen Marabella mengejutkan kesemua para kesatria.

Nampaknya mereka semua akan sibuk.Tiada masa untuk bersenang lenang lagi.Tiada masa untuk mencuri hati orang.Tugas mereka kesini hanyalah semata-mata untuk melindungi rakyat Dunia Fantasym.

*********

Sementara itu Eric hanya mengurungkan diri di dalam biliknya.Tidak tahu apa yang harus dilakukannya.Dia hanya berbaring di atas katil empuk yang bewarna biru muda itu.Bilikya hampir keseluruhannya bewarna biru muda.

Dia meninjau kearah tingkap.Menghalakan pandangannya ke arah dewan di mana berlangsungnya majlis itu.Erin sudah pasti sedang berseronok bersama yang lain.Tiba-tiba terdapat sesuatu yang menarik perhatiannya disebalik awan.Bulan yang merah.Dia mahu turun.Mengikut ramalan tukang sihir di istananya,bulan merah membawa makna sesuatu yang buruk akan berlaku.Ianya boleh dilihat jika seseorang itu mempunyai tanda lahir.Tidak pelik jika penduduk biasa disitu jika pandai menilik.

Dia menuju kearah pintu.Tetapi pintunya berkunci dari luar.Seseorang sudah pasti mengunci dia di dalam bilik.Tetapi dia pasti ini kerja Haiqal.Haiqal tidak begitu menyenanginya semenjak dia rapat dengan Erin.Bagaimana sekarang ini?bagaimana dia mahu memberitahu Erin bahawa sesuatu yang buruk akan terjadi?

0 ulasan: