BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 10 November 2009

BAB 7


Budak perempuan itu menangis terisak-isak.

"Mama..kenapa tinggalkan Erin ma..Erin rindu mama..."Katanya.Sayu.

Sudah lebih setahun mamanya menghilangkan diri.Ada dia bertanya kepada papanya,tapi papa mengatakan tak tahu.Dia tahu dia perlu tabah menghadapi semua ini,tapi dia hanyalah seorang kanak-kanak perempuan yang baru merangkak usia ke-11 tahun.Kadang-kadang dia berasa cemburu dengan kebahagiaan orang lain.Kenangan itu berulang-ulang di mindanya.

"Mama..nak pergi mana..janganlah tinggalkan Erin.."

"Maafkan mama sayang,mama terpaksa.Mama janji akan pulang......"Kata perempuan itu sayu sambil melangkah pergi.Erin memaut kaki ibunya.

"Izinkan mama pergi Erin.."Kata wanita itu lagi sambil melepaskan pegangan anak kesayangannya itu dan terus melangkah pergi.

"MAMA!!!!!!!!"

*************************************************************************************

Dia terjaga.Mendapati dirinya di atas katil.Seingatnya,dia berada di kampung Sunrise.Kemudian kampung itu diserang.Dia bangun.Dia takut.

"Haiqal....kat mana kau.....Haziq..tolong aku....."Rintihnya.

"Kau dah bangun rupanya.."Celah satu sura tiba-tiba.Lantas dia menoleh.ERIC!!

"Camne aku ada kat sini?Mana kawan-kawan aku?"Tanya Erin kelam kabut.Eric pula hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.Rasa lucu pun ada juga.

"Jangan risau..aku dah selamatkan kawan kau juga.'KnightWay'kan?"Sengaja dia menekankan perkataan itu.Dia sendiri pun tak tahu kenapa.

"Boleh hantar aku balik boleh tak?"Tanyanya.Mukanya berubah apabila melihat wajah Eric seperti menikam tajam ke arah mukanya.Dia bengang.

"Apa kau tanya tadi?"Tanyanya balik.Seperti sedikit kebingunan.'Ish,mamat ni,pekak apa?aku cakap tadi kira kuat apa.'

"Bila aku boleh balik?"Dengan suara yang sedikit lebih kuat.

"Esok.Harini dah malam.Esok baru aku hantar kau balik."Kata Eric.

"Aku keluar dulu.Nanti makan malam aku panggil."Katanya lagi sebelum pergi.

*************************************************************************************
"AHHHH!!Kenapa dengan aku ni??!!"Eric menjerit.Dia tak tahu perasaan apa yang telah menyelinap ke dasar lubuk hatinya.Dan perasaan itu pula ada pada kali pertama mereka berjumpa.

"Jangan pernah kamu belajar untuk mencintai seseorang."Tegas Helios.

"Tapi kenapa pa?kenapa pulak papa boleh?soal hati dan perasaaan Eric adalah hal peribadi Eric."Dia membantah.

"Kamu harus dengar cakap papa.Cinta boleh merosakkan hati kamu.Dan ingat,kamu belum lagi ditabal sebagai raja,jadi jangan membantah cakap seorang raja."Kata Helios sebelum pergi.

DIA terkenang perbualan antara papanya.Adakah ini yang dinamakan cinta?Tak,ini tak boleh jadi.Erin adalah seorang kesatria.Dia harus mengawal perasaannya.Ya,dia tak boleh tertipu.

"Eric,dah malam ni.Saya lapar ni.."Kata Erin dengan tiba-tiba.

"Kau ni,kalau tak terkejutkan orang tak boleh ke?"Marahnya.Ialah,siapa yang tak marah kalau diterjahnya.Kalau ada penyakit,tentu dah jalan dah.

"Sori..."Wajahnya berubah mendung.Eric pula sudah tersenyum.

"Aku dah masak..jomlah.Kita masuk."

"Awak tak marah ke?"Katanya dalam takut-takut.

"Taklah.Jom.Aku masak special harini."Katanya sambil menarik tanagn Erin yang sedang berdiri di muka pintu.

*************************************************************************************
"Macam mana ni Ratu..kite kena cari dia sekarang.."Kata Haiqal risau.

"Sabar Haiqal,dia tentu selamat"Kata Queen Marabella bagi menenangkan semua perantisnya.

"Ni mesti kerja Helios ,dia mesti dah culik Erin.."Kata Haziq pula sambil memegang penumbuknya.

"Sabar Haziq..Erin kan kuat.Mesti boleh lawan punya."Kata Queen Marabella pula.

"Tapi dia perempuan Ratu.."Iman pula menyampuk.

"Aik,saya ni perempuan?jadi saya ni tak kuatlah?"Usik Queen Marabella.Tapi masing-masing berwajah sugul kecuali Ellie.

"Biarkanlah dia..dia kan dah dapat kuasa..pandailah dia gunakannya.."Ellie menyampuk.Pantas semua mata menjelingnya tajam kecuali Queen Marabella dan Shahrul.

"Tapi dia baru belajar basic..."Aary berkata.

"Lainlah kalau yang hilang itu kau..kitaorang tak payah risau.."Kata Haziq dengan geram.Ellie lantas berlalu sambil diikuti oleh Shahrul.

"Sejak bila Shahrul jadi hamba dia??''Tanya Aary.Namun tiada siapa yag menjawab kerana masing-masing melayan perasaan sendiri.

"Okey,bersurai di sini.Esok mulakan pencarian SilverKnight.Haziq utara,Haiqal selatan,Aary barat dan Iman di timur."Queen Marabella berusaha menceriakan wajah mereka balik.Mereka kembali ke bilik namun tiada siapa yang diantara mereka yang dapat melelapkan mata.

0 ulasan: