BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 16 November 2009

Bab 9

BAB 9



"Kenapa harus semuanya dilalui oleh mereka?Ya tuhan,kau lindungilah merekawalau dimana jua.."Panjang bicaranya ketika itu.Peristiwa itu sentiasa mengganggui fikirannya sehingga membuatkan dirinya sentiasa dihantui perasaan bersalah.

Kalaulah dia tidak bersetuju dengan perjanjian itu,kalaulah dia tidak masuk ke sebuah lubang portal itu,kalaulah dia tidak terlalu mengikut perasaan pada waktu itu,semua ini tak akan terjadi.Walaupun dia mempunyai kuasa yang amat kuat,ia tak akan dapat merubah apa-apa.Semuanya sudah terlambat.Sekarang dia hanya perlu tunggu untuk 'diselamatkan' oleh dua orang anaknya.Mereka adalah kembar.Seorang puteri dan seorang lagi putera.Dia sudah diberi pertolongan dengan menghantar kesatria-kesatria.Dia sentiasa merasakan salah seorang daripada mereka adalah anaknya.

Semenjak mereka lahir dia sudah memberikan kedua mereka dengan seutas 'rantai' yang mempunyai permata biru dipanggil Bearres yang merupakan lambang kuasa dunia Fantasym.Hanya mereka sahaja yang mempunyai permata itu.Jika jatuh kepada orang lain,nescaya mereka akan disumpah.Hanya dengan 'rantai' itu sahajalah dia dapat menjejaki kedua anaknya yang sekarang kedua-dua mereka sudah berada di Dunia Fantsym.

"Maaf Ratu,kesemua para kesatria sudah pun berkumpul di dewan Hall Kingdom sekarang."Suara Heris memecahkan lamunan dia.

"Terima kasih Heris.Saya akan kesana sekarang."Walaupun dia adalah Ratu disitu,tidak bermakna dia harus sombong dengan kuasa yang ada pada dia. Heris berlalu pergi.

"Harap mereka sudah temui Silver."Katanya lalu menghilangkan diri.


*****************

"Aary,kau dah jumpa dia belum?"Tanya Haiqal yang memang sejak Erin hilang langsung dapat menumpukan satu perkara magik walaupun dia antara yang terbaik kalau dalam menggunakan magik.Walaupun magik untuk mencari pun dia boleh lupa.

Aary menggeleng lemah.Haiqal nampak seperti putus asa.

"HAIQAL!HAZIQ!!"Tiba-tiba suara lantang Iman yang sedang berlari kearah mereka memecah kesunyian diantara mereka.

"Kenapa?"Kata mereka berdua serentak.Iman pula tercungap-cungap penat kerana berlari.Mesti ada benda urgent sampai lupa nak pakai magik.

"Relak Iman,tarik nafas....lepas..tarik nafas..lepas..Sekarang bagitau kitaorang apa benda kau nak cakap."Arah Aary.Iman cuma ikut je cakap Aary.

"Tadi,aku tanya saksi yang ada masa kekacauan tu berlaku,dia nampak seorang lelaki selamatkan Erin masa Soratheos cuba nak serang dia dengan Firebreath."Terang Iman.

"Lelaki tu baik ke jahat?"Sampuk Haiqal.

"Iisshh..sabar lah,aku belum habis cerita lagi."

"Cerita ke fakta ni?"Sampuk si Aary yang memang merupakan seorang yang kelakar.Mereka semua menjeling tajam kerana dia membuat lawak tak kena tempat.

"Sambung lah cepat."Malas nak melayan kerenah Aary,Haziq mengarah.

"Saksi itu kata lelaki tu pakai benda macam 'rantai' kalau kat duna kite.Tapi kata dia buah rantainya adalah sebutir permata biru.Bentuk macam diamond.Lepas tu dia hilangkan dirinya dengan kepulan asap hitam."Terangnya lagi.

"Asap hitam?Entah-entah dia ini orang Darksym tak?"Duga Haiqal.Mereka semua saling berpandangan.Mengdungi pandangan yang sama.

"APA YANG KAMU SEMUA BUAT INI?"Tanya Queen Marabella.Mereka yang tadi saling berpandangan 'menerjah'ke arah Queen Marabella.





"RATU!ERIN KENA CULIK DENGAN ORANG DARKSYM!!"Jerit Haiqal.Queen Marabella hanya tersenyum.



"Jangan risau,mereka sudah pun pulang."Tetapi bukan hanya Erin seorang,seorang lelaki yang kelihatan iras-iras-iras Erin juga datang.Mereka semua terkejut.



(flashback)



Semasa dia sedang berjalan menuju ke dewan,celah satu suara yang seperti dia kenal.

"RATU!!"Jerit Erin.Queen Marabella terkejut.

"ERIN!bila kamu pulang.Terima kasih ya encik."Ucap Queen Marabella.

"Tidak mengapa Ratu."Eric merendah diri.Jarang putera merendah diri.Queen Marabella tersenyum.Dia merasakan ada kelainan pada lelaki itu yang kelihatan seperti kembar sahaja pada Erin.

"Ratu,ada sesuatu yang perlu kami bincangkan."Kata Erin serentak mereka bertiga mengangguk.

"Sebenarnya,dia ni.."Erin takut untuk memberitahu perkara sebenar.Takut Eric akan dihalau daripada situ.Eric pula faham akan keadaan Erin.Tangannya memegang bahu Erin.Queen Marabella hanya diam.Pelik dengan hubungan mereka berdua yang kelihatan seperti mesra sahaja.

"Saya adalah PRINCE ERIC ECLIPSE.Putera daripada dunia Darksym."Terang Eric jelas tanpa menunjukkan sebarang ketakutan.Queen Marabella terkejut.Eric masih tenang.Erin pula..tak usah dikata..menggigil badannya kerana takut Eric mungkin akan dibunuh.Dibunuh??Isshhh,Ratu tak adalah sekejam itu.

"Saya tidak.."Ayat Queen Marabella tergantung apabila cahaya bewarna biru keluar dari buah rantai yang dipakai oleh Erin dan juga Eric.Mereka berdua lantas mengeluarkan buah rantai itu.
Dan menggenggamnya.Queen Marabella betul-betul tak percaya.Itu adalah adalah permata Bearres.Sama dengan apa yang diberikan kepada kembarnya.Mungkinkah..

"Maaf Ratu,benda ini memang sensitif.Ia cuma akan bercahaya kalau-kalau ibu kami berada disini.Tapi ia asyik bercahaya dan cara untuk menghentikannya adalah dengan magik kuasa tertinggi sahaja."Erin menjelaskan.

Queen Marabella makin bertambah terkejut.Adakah mereka berdua ini adalah anakku yang telah aku tinggalkan selama bertahun-tahun yang lalu?tapi kenapa salah sorang daripada mereka adalah putera kejahatan?

"Eric,siapa ibu awak?"Tanya Queen Marabella.

"Maaf Ratu,saya sendiri sudah lupa.Dia dah tinggalkan saya sejak berumur 11 tahun lagi bersama kembar saya."Eric mula rasa sebak.

"Erin?Ibu awak siapa?"Tanyanya lagi.

"Saya pun dah lupa Ratu.Dia juga dah tinggalkan saya semasa berumur 11 bersama kembar saya.Saya menangis siang malam sebelum dipujuk oleh kembar saya."Erin ketawa sambil bercerita walhal dia serasa mahu menangis sahaja apabila dia mengimbau balik kenangan itu.

"Rantai ini juga sudah ada pada kami masa hari jadi kami yang ke-10."Kata mereka berdua serentak tetapi masing-masing hanya menunduk ke bawah.Bukan untuk berkurang ajar,tetapi untuk mengelakkan diri daripada perasaan sebak.

"Kamu berdua ni kembar ke?"Queen Marabella masih tidak puas hati.

"Tidak Ratu.Cuma kebetulan."Eric menjawab bagi pihaknya dan Erin.

"Kembar kamu perempuan atau lelaki?"Masih lagi musykil.

"Saya lelaki."Erin.

"Saya punya perempuan."Eric.

"Maafkan saya.Mungkin saya menyoal kamu terlalu banyak."Queen Marabella berkata.Baik antara mereka cuma hanya tersenyum.

"Eric,apa Raja Dark Helios tak akan mencari kamu?"Queen Marabella khuatir kalau-kalau tetiba sahaja Helios datang dan menuduhnya kerana menculik anaknya.

"Dia takkan risau pasal saya punya.Kalau dia serang pun,kuasa saya lebih kuat daripadanya dengan adanya batu permata ini."Menjawab dengan tenang adalah satu kelebihan Eric.Tidak seperti Erin yang kadangkala kelam kabut.

Queen Marabella hanya mengangguk.Tidak percaya dengan apa yang dilihat dan yang dikata.Eric dan Erin?nama yang sama diberikan untuk anaknya.Permata yang sama diberikan pada anaknya.Semuanya sama.Tarikh diberi permata itu juga sama.Dia bingung.Cuma satu perkara lagi yang belum lagi dapat dijelaskan.Tanda lahir yang ada pada kedua bahu anaknya.Yang perempuan di belah kanan manakala yang lelaki pula berada di sebelah kiri.Cuma itu sahaja yang masih belum dapat dibuktikan.

"Marilah Erin,Eric.Masuk ke dalam bilik.Erin,tolong tunjukkan bilik Eric yang berada di sebelah kamu itu."Arah Queen Marabella.Erin hanya mengangguk.Mereka berdua saling berpandangan dan tersenyum.Bukan hanya mereka berdua tersenyum,tetapi ada selain mereka yang tersenyum sekarang.

************

Kini dia sudah mempunyai cerita untuk mengeruhkan keadaan Erin disitu.Dia cukup benci apabila Erin sentiasa diberi kemewahan.Manakala dia hanya diberi kesederhanaan sahaja.Tetapi di mindanya sudah terencana rancangan untuk menghancurkan kemewahan Erin....

"Eh,Ellie?Apa yang kau buat kat taman ini?"Tanya Shahrul.Ellie cuma tersenyum.

"Shahrul,kau kena tolong aku kali ini.."Kejahatan mula menguasai fikiran Ellie.

"Tolong apa?"Shahrul bingung.

"Nanti dulu,tunggu masanya aku beritahu."Dengan senyuman sinisnya dia beredar meninggalkan Shahrul yang berada di belakang...



P/S:Maafye kalau ayat ni berterabur.Sentiasa diharapkan pembaca puas hati dengan karya saya.Walau dalam periksa penulisan cuma dapat 87 markah jek..=)

0 ulasan: