BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 10 November 2009

BAB 8

"Hari yang indah.."Katanya.

"Memang pun.."Eric menjawab.Kemudian dia teringat satu perkara.Lantas dia bertanya.

"Erin,awak tak pernah terfikir untuk pulang ke dunia asal ?"Tanya Eric.Erin terkedu.Selama ini dia tidak pernah terfikir untuk pulang kerana tiada siapa yang akan menjaganya.

"Kalau saya pulang pun,saya tiada sesiapa pun di sana.Di sini,sekurang-kurangnya saya masih ada teman."Wajahnya berubah sedih.Dia menunduk ke bawah.

"Ayah awak mana?"Tanya Eric lagi tanpa menyedari perubahan Erin.

"Ayah dah meninggal dua tahun yang lalu,mama pula sudah hilang sejak saya berumur 11 tahun."Kini air matanya sudah tidak dapat dibendung lagi.Eric mula rasa bersalah.

"Maafkan saya Erin."Katanya sambil tangannya memegang bahu Erin untuk memujuk.Tangisan Erin semakin menjadi-jadi.Tanpa disedari,Eric sudah menarik dirinya kedalam pelukan hangatnya.

"Jangan risau..saya ada di sini..sshhhh..jangan menangis."Eric memujuk.Erin terdiam.Tiba-tiba,tangannya mengeluarkan cahaya.Lantas Eric menggenggam tanganya sambil membisikkan sesuatu.Kemudian,cahaya itu hilang.

Erin mula menyedari sesuatu.Lantas dia menolak tubuh sasa Eric.Eric terkejut.Erin lagilah.

"Kenapa Erin?"Dia pelik.

"Maafkan saya."

"Tak.Saya yang patut minta maaf.Saya tak dapat kawal perasaan saya.Wajah awak mengingatkan saya kepada ibu saya."Ucap Eric lemah.

"Ibu?awak ada ibu ke?"Erin terkejut dengan penyataan itu.

"Kenapa?orang seperti saya tak layak ada ibu ke?"Tanya Eric sinis.Lantas dia berlalu meninggalkan Eri yang kebingunan.

******************

"ISSHH!KURANG AJAR!!"Kata Haiqal yang dari tadi cuba untuk menghubungi Erin,namun kesudahannya sia-sia.

"Tuan,kami dah menjelajah seluruh kawasan ini,namun tiada sorang pun yang pernah bertemu dengan gadia yang mempunyai tanda di tangannya."Jelas Amber,pembantu peribadi Queen Marabella.

"CARI DIA DI SELURUH TEMPAT SEKALI LAGI!!"Kata Haiqal menjerit kerana tak puas hati.Amber berlalu.Tangannya mengeluarkan warna hijau.Panggilan daripada Haziq.

"Qal,jumpa tak Erin?Aku kat sini dah cari 50 kali tapi tak jumpa pun.."Haziq mengeluh.

"Kau guna magik ape?aku tak tahu pun?"Tanya Haiqal balik.Dah cari 50 kali?biar betul?dia baru berpusing-pusing sebanyak lima kali,tempat Haziq pula beribu-ribu hektar tapi dah siap pusing sampai 50 kali?

"Kan tadi Queen Marabella dah terangkan..oh!baru aku ingat,kau tadi tak datang.."Katanya.

"Senang jek..tumpukan perhatian kau,kemudian titikkan satu perkara dan sebut ayat magik.."Ayat Haziq tergantung.

"Ayat apa?"Kata Haiqal tak sabar.

"Ayat cinta.."Jawab Haziq sambil cuba menahan ketawanya.Haiqal pula sudah mengepal penumbuk.Lantas Haziq menutup mulutnya.

"OK..ok..ayat penemu..Anxoiasnyia.Faham tak?"Kata Haziq.Risau juga kalau Haiqal datang dengan kelajuan speed pheonix ke tempatnya.Apatah lagi dia memang mahir dalam kelajuan.

"Ok thanks..Aary dengan Iman camne pulak?"Katanya selepas dia pasti emosinya terkawal apabila dipermainkan oleh Haziq tadi.

"Oh...itu tak pasti lagi,diorang belum lagi menghubungi aku."Haiqal mengeluh.

"Teruskan pencarian."Ayat terakhir sebelum dia memutuskan perhubungannya dengan Haziq.

**********************
Erin sedang melayan perasaannya sendiri.Kenapa mesti mimpi dia bertemu dengan mamanya?Kenapa bukan mimpi lain?Kelamaan dia menjadi seperti bingung.

"Keadaan ibu awak meninggalkan awak sama seperti keadaan saya ditinggalkan."Kata Eric yang muncul dari belakangnya.

"Iyeke?"Kata Erin tak percaya.

"Hmmm..saya selalu sangat fikirkan ibu saya..tapi apabila papa saya mengetahuinya,dia buang semua memori saya dengan menggunakan magiknya.Dah nasib saya dapat papa yang macam itu.Pada malamnya pulak,saya bermimpi seorang perempuan cantik datang menemui saya dan terus memegang kepala saya,saya dapat merasakan kehangatan tangannya itu dan rasa seperti semua yang berada di sekeliling saya yaman sekali..sekaligus dia mengembalikan ingatan saya terhadap ibu saya..saya berharap dapat menemui dia sekali lagi dan ingin bertanya dimanakah ibu saya berada sekarang.."Eric bercerita mengenai ibunya.

"Oh..sekurang-kurangnya awak masih mempunyai ayah yang baik.Mungkin dia tak mahu awak bersedih."Pujuk Erin apabila melihat wajah Eric yang seperti berair matanya.Mungkin sedih.

"Baik?rasanya semua perkara yang baik-baik tidak pernah berada di hati papa saya.Dia hanya mahu saya mengikut sepertinya.Yang mempunyai kuasa dan segalanya.Tetapi dia silap,dia langsung tak mempunyai rasa kasih sayang."Terang Eric.

"Ayah awak punya kuasa yang sebegitu besar?setahunya saya hanya mereka yang berperingkat keluarga dari istana sahaja yang mampu berbuat begitu.Dan di bahu awak juga mempunyai tanda.Siapa awak yang sebenarnya?Tanya Erin yang sudah mula mengesyaki sesuatu.

"Saya harap lepas ini awak tak akan tinggalkan saya bila saya memberitahu asal usul saya.Sebelum ini saya pernah berjumpa dengan gadis seperti awak,tetapi dia tinggalkan saya selepas dia mengetahui asal usul saya.Awak berjanji dengan saya yang awak tidak akan tinggalkan saya ye?"Pujuk Eric.Erin tidak sabar.Dia mengangguk sahaja.

"Saya adalah putera kejahatan.PRINCE ERIC ECLIPSE.Ya,orang yang saya cakapkan itu adalah papa saya.RAJA DARK HELIOS."Terang Eric jujur.Tenang.

Erin terkejut.Sudah menjangkakan reaksi itu,lantas Eric bangun mahu meninggalkan Erin.Dia sedih.Dia tahu tiada sesiapa pun yang mahu berkawan dengan putera kejahatanTiba-tiba,Erin merampas pergelangan tangan sasa Eric.Kini giliran Eric pula terkejut.

"Kan saya dah janji denagn awak tadi,takkanlah awak yang nak tinggalkan saya?"Perlahan-lahan Erin mengukirkan senyuman.Begitu juga dengan Eric.

"Awak tidak kisah berkawan dengan putera kejahatan?Duga Eric.

"Taklah.Itu cuma pandangan luaran sahaja.Hakikatnya kita tak boleh baca hati orang."Jelas Erin.

Eric gembira tak terkata.Lantas dirangkulnya Erin yang berada di depan matanya.Erin menjerit.

"AHHHHH!!!kenapa dengan awak ni?"Bukan marah tapi terkejut.

"Maafkan saya..saya..cum..cuma..gembira sangat.TERIMA KASIH ERIN!!"Jeritnya kegembiraan.Erin turut ketawa meraikan kegembiraan Eric.Diharapnya kegembiraan ini kekal selamanya..


P/S:Diharapkan semua pembaca blog ini ikhlas untuk memberi komen anda supaya saya boleh memperbetulkan jika ada yang salah.^_^

0 ulasan: