BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 27 Disember 2009

BAB 14

"Erin,awak tak boring ke?"Tanya Eric.

"Tengah boringlah ni..sebab tu saya panggil awak.."Erin membalas dan terus membanting dirinya ke katil yang bewarna silver itu.

"Tapi nape awak ajak saya masuk bilik?tak pasal-pasal mata saya lebam.."Eric meluahkan rasa hatinya.Dia memandang sekeliling bilik itu.Hiasan yang cukup simple dan kreatif itu mampu menyejukkan mata yang memandang.Dia lalu membaringkan dirinya di sebelah Erin dan menghadap ke siling.

"Awak perasan tak yang kite ni banyak persamaan?"Soal Erin.

"Mungkin."Balasnya pendek.Dia mengalihkan pandangannya ke arah Erin yang baring bertentangan dengannya.Erin juga melakukan perkara yang sama.

"Awak mirip dengan muka kembar saya.."Katanya perlahan.

"Siapa nama awak yang sebenarnya?"Tanya Erin.Eric membetulkan posisinya untuk mendapatkan posisi yang selesa sebelum dia menjawab.

"Engku Fadzriq Danish."Katanya tenang.

Erin bingkas bangun.Terkejut.Fadzriq??Tidak mungkin dia.Sudah 11 tahun mereka tidak berjumpa,tidak mungkin dia??Dia memegang kepalanya.Dunianya terasa pening.

Eric yang berasa kurang senang dengan reaksi Erin lantas bangun.Cuba menenangkan Erin yang sudah dianggap seperti adiknya.

"Kenapa Erin?"Tanyanya sedikit cemas.

"Boleh tak awak tunjukkan bahu sebelah kiri awak?"Pintanya.Dia sudah menangis.Kalau betul dia adalah abangnya,dia pasti tidak mahu ditinggalkan oleh abangnya lagi.

Eric yang tidak mengerti apa-apa turut sahaja kehendak Erin.Ditunjukkannya tanda lahir yang bewarna biru pekat itu kepada Erin.

Erin tergamam.Tanpa membuang masa,terus dia memeluk lelaki yang yang berada di hadapannya itu sambil menangis dengan teresak-esak.

"Abang..abang jangan tinggalkan kite lagi..kita sunyi.."Dia meluahkan perasaannya.

"Abang?apa maksud awak?"Eric masih lagi kebingunan.Tidak mengerti.

"Abang..isk..dah..tak..ingat..Erin..ni..isk..adik abang ke?"Teresak-esak dia menyoal.

Eric mula mengerti.Adakah dia ni adik kembar aku?kalau betul,kenapa harus bejumpa disini,kenapa harus di dunia Fantasym?AHH!!dia tak peduli!yang penting sekarang adiknya selamat.Dia membalas pelukan adiknya itu.

"Erin..jangan nangis ye Erin..nanti abang pun sedih gak.."Katanya.Bahunya juga bergegar menahan tangisan.

"Abang..janji..isk..takkan tingg..tinggalkan Erin lagi,ye bang?"Soalnya lagi.

"Abang janji takkan tinggalkan Erin lagi.."Janjinya..Suasana di bilik itu penuh dengan tagisan gembira daripada kedua-dua adik beradik yang sudah sekian lama tidak berjumpa.

***************

"Aku peliklah,camne pulak dia boleh keluar dari bilik itu?Bukankah Ratu dah ambil kuasa dia sebelum itu?"Haiqal mundar mandir di taman Sprint itu seorang diri manakala yang lain sedang sibuk berlatih.

"Entah-entah,ada orang yang tolong dia tak?Tapi tak mungkin.Semua berada di dewan masa itu.Erin pun ada.Macam mana ek?"Dia terus berteka-teki sendirian.

"Hei!apa yang kau buat di situ!!?"Jerit satu suara.Haiqal terkejut.

"Kau ni tak boleh tengok aku senanglah Aary.."Rengusnya.

"Alaaa,relaxlah bro..."Aary cuba berseloroh.Dia memalihkan pandangannya kepada pasanganyang baru masuk ke taman itu.Dirasakannya macam kenal.Cuba melihat dengan pandangan pheonix eye,rupa-rupanya Erin dengan Eric sedang berjalan bersama dengan tangan Eric melingkari pinggang Erin.Dia lantas menepuk bahu Haiqal.

"Apa lagi Aary..??"Haiqal sudah tidak sabar apabila ketenteramannya dikacau oleh Aary.

"Tu..tengok tu..Eric dengan Erin."Jelasnya.

Haiqal pantas mengalihkan pandangannya apabila terdengar nama Erin.Terkejut.Dia tidak menyangka sejauh itu Eric akan bertindak.Padahal sudah beberapa kali dia memberi amaran supaya menjauhi Erin.Dirasakan mahu sahaja dia meluru ke arah Eric dan 'membelasahnya'dengan kuasa yang dia ada,tetapi apabila terkenangkan perang yang lalu,mudah saja dia dan Erin menumpaskan Helios.Dipendamkan sahaja cemburu yang berleluasa di dalam dirinya.

Erin langsung tidak perasan kehadiran Haiqal walaupun dia lalu disebelahnya.Malah boleh ketawa lagi.

"Wei,kenapa kau tak halang dia?"Tanya Aary hairan.Takkan dia tak cemburu kot?

Haiqal diam.Dia meneruskan latihannya tanpa mempedulikan sesiapa.Sakit hatinya.Nampaknya dia sudah terlupa akan peraturan yang diberi.Tidak boleh bercinta atau cemburu ketika berada di dunia Fantasym atau akan menjadi perantis hitam.

**********

"OK,kita latih kat sini boleh abang?"Tanya Erin selepas emndapatkan tempat di hujung taman yang sedikit lenggang daripada orang lain.

"Boleh.."Eric menjawab."Nak mulakan apa dulu?"

"Entah.."Erin menjungkitkan bahunya.

"Erin punya speciality apa?"Soal Eric.

"Kemakmuran dan kesucian.Kenapa?"Erin menjawab.

"Bukan itulah..itu kuasa.Abang cakapkan speciality,keistimewaan Erin.Setakat kuasa,abang punya lagi kuat.."Sindirnya.

"ABANG!!"Erin geram.Dipukulnya bahu Eric bertalu-talu sehingga Eric meminta maaf.

"Seronok nampak?"Celah satu suara.Iman!

"Boleh join?"Katanya.

"Eh,boleh..tolong ajarkan dia boleh tak?"Eric meminta tolong.Erin pantas
menyiku Eric.

"Apa abang buat ni?dia dah penatlah.Tak nampak ke tadi dia berlatih?"Erin berbisik perlahan.Tak mahu Iman mendengar perbualannya.Tetapi Eric tak layan..

"Boleh..lagipun aku memang suka ajar budak ni..boleh buli.."Jawab Iman bersetuju sambil mengusik.Dia menarik tangan Erin dan membawanya ke tempat dia berlatih tadi.Eric hanya mengikut di belakang.

"Latihan memanah?"Erin bertanya.

"Emmm.."Iman hanya mengangguk.Eric hanya tersenyum dari tepi.

"Eleh!Setakat memanah,aku pun boleh buat.."Erin berkata dengan lagaknya.

"Ok..tapi ini lain.Pada hujung panah ini diletak api pheonix.Apabila terkena sasarannya,ia akan hancur terus."Terangnya.Erin terlopong.'Baru kau tahu!"

"Err...kau mula dululah.."Erin menyengih.

Dia memulakannya dengan menyelaraskan anak panah dengan mengenakan hujung jarinya dikenakan pada bibir.Setelah mendapat tumpuan,dilepaskan anak panah itu lalu tepat ke
pada guni dan terus hancur.Erin terlopong.'Hebatnya!'

Eric tersenyum melihat kecekapan Iman.Dia mengalihkan pandangannya ke arah Erin.

"Amacam?Hebat tak?"Iman menyoal.Erin mengangguk.

"Kau cuba pulak."Arahnya.Sangka Erin peralatan memanah itu akan diberikan padanya,rupanya diberikan kepada Eric.Erin menarik nafas lega.

Eric menyambut alatan memanah yang dihulurkan oleh Iman.Iman tersenyum.Lalu Eric mengambil tempat dimana Iman 'memancarkan'panahnya itu.Dibuatnya sama dengan perlakuan Iman tadi dan juga tepat pada sasaran.Mereka berdua bertepuk tangan.Kali ini,anak panah itu diberikan kepada Erin.Erin menyambutnya dengan tangan terketar-ketar.Dia mengambil posisi memanah seperti yang dilakukan oleh Iman dan Eric.

Eric berdiri di belakang Erin manakala Iman berada di tepi.Dia memegang tangan adiknya untuk membantu.

SASSHHH!!

Panah itu tepat pada sasarannya.Erin terkejut.Kemudian dia melompat gembira.

"Yayyy!!kena!kena!"laungnya teruja.Iman hanya mampu tersenyum..Tidak sangka bahawa Erin boleh melakukannya.Eric tersenyum.'Hebat jugak adik aku ni!"Pujinya.Dia membalas senyuman Erin.

*************

Pada waktu ini,bencinya pada Erin semakin meluap-luap.Apatahlagi,Shahrul juga seakan-akan enggan mempedulikan dirinya lagi.Kesemua kesatria juga enggan melayannya lagi.Tanpa dirinya sedar,hatinya mula berubah sikit demi sedikit kepada warna hitam.Ellie hanya sedar bahawa dia perlu bertindak lebih pantas untuk merampas kebahagiaan Erin.

0 ulasan: