BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 23 Oktober 2009

BAB 6



"Hish..mana Haiqal ni??"Erin rasa boring.

"Tadi dia juga yang suruh aku tunggu..tapi dia yang lambat.."Rungutnya pulak.

"Sorry Erin..tadi aku jumpa Queen Marabella nak minta permission...Tapi kite kan dah lambat,so kau tak payah nak membebel lagi."Kata Haiqal seraya menarik tangan Erin.Erin terdorong sekali kehadapan akibat tarikan Haiqal itu.


MEREKA sampai di perkampungan Sunrise.Pelikkan namanya?tapi apa yang dia kisah?Erin mula menunjukkan rasa minat apabila dia teringat bahawa Eric mengatakan dia tinggal di sini.

"Haiqal,kat sini ada tak orang nama Putera Eric?"Tanya Erin.Haiqal yang tadinya membelek seutas rantai menoleh.

"Putera Eric?Walaupun aku yang bertugas kat kampung ni,tak pernah dengar pun nama Putera Eric.Kenapa?kau dah jatuh cinta dengannya ke?"Usik Haiqal.Namun hatinya tak tenteram,kalau betul Erin suka mamat tu,melepasla aku dengan Haziq nak ngurat dia.

"Kenapa kalau aku dah jatuh cinta dengannya?Ohh...kau jeles ye....."Erin sengaja berkata begitu.Padahal tadi mukanya memerah apabila diusik oleh Haiqal.Kira cover line lah tu...

"Ok la..tak nak cakap pasal ni lagi..Erin,cantik tak rantai ni?"Tanya Haiqal sambil menunjukkan rantai yang dibeleknya tadi bagi menutup kegusarannya.

"Cantik..."Kata Erin lemah apabila tak dapat apa yang diinginkan.Dia kecewa.Baru dia hendak menyambung kata,kedengaran suara orang menjerit katakutan dengan berlari.Mereka berdua bangun dan pergi ke arah yang dilanda kekacauan.Haiqal pula cuba medapatkan orang untuk bertanya apa yang berlaku.

"Apa yang berlaku di sini?"
"Orang Helios..da..da.. datang..."kata mangsa itu dengan ketakutan.

Sementara Haiqal berusaha menyelamatkan penduduk di situ,Erin cuba untuk menghubungi istana untuk meminta bantuan.

"Twin,minta pertolongan.Kampung Sunrise telah diserang!Kami memerlukan pertolongan sekarang!" Kata Erin cemas.

"Baik!Kami akan datang"Balas Twin.

ERIC yang tadinya hanya memerhatikan ayahnya yang sedang berusha menawan kampung Sunrise itu hanya menggeleng.Dia malas hendak ikut turut serta.Dia melilau sekeliling.Kemudian dia melihat seorang gadis cuba untuk memadamkan kebakaran.'Mungkin dia ni kesatria kut.'Dia berkata di dalam hati.Tetapi,dia merasa seakan kenal perempuan itu.Dia cuba mengimbau balik.Dia pernah berjumpa seorang perempuan mirip sepertinya. 'Oh ya!namanya Engku Erinna!'Rupanya dia kesatria...patutlah dia boleh hilangkan diri..'Dia berkata pada dirinya sendiri.

"Soratheos hapuskan dua kesatria itu!"Kata Helios.

"Yes master..FIRE BREATH!!"

"ERIN!!HATI-HATI!!"Haiqal menjerit.

Erin yang cuba memadamkan api yang marak tekejut dengan teriakan Haiqal lantas mendongakkan kepala ke atas.

"AHHHHHH!!!!!!"

BAB 5

TOK!TOK!TOK!

Pintu dibuka.Kelihatan Heris,pesuruh Queen Marabella datang.Dia tersenyum.

"Cik,ini senjata cik.SILVERSWORD.Sila jaga peralatan ini dengan hati-hati,dan tolong hargainya."Erin hanya mampu mengucapkan terima kasih.Lalu dia menutup pintu selepas dia pasti yang Heris sudah tiada.

Lantas dia menghempaskan dirinya ke katil.Dia mengimbau kembali pertemuan dia dengan Eric.Ahh!!!serasa dirinya mahu menjerit sahaja.Kadangkala dia ketawa kecil mengenangkan pertemuan mereka yang agak simple.Pedang yang dibagi oleh Heris tadi disimpannya di tempat khas.Erin mahu mengabarkan berita ini kepada Haziq dan Haiqal.Dan dia juga mahu bertanya apa yang mereka dapat sebagai senjata.

*************************************************************************************
"Erin,kau belum lagi jawab soalan kitaorang.Kau pergi mana tadi hah?"Tanya Haiqal yang kelihatan seperti tidak puas hati sahaja.

"Ha ah.Kau pergi mana?"Haziq pula bertanya.

"Ntah,tetiba jek aku ada kat situ.Rasanya kat tempat firstime aku datang sini ngan Haiqal."Dia sendiri pun tak pasti.

"Darkforest?Itukan kawasan Darksym.Engkau dilarang untuk pergi kesitu lagi!"Haziq terkejut.

"Yelah yelah..aku tak pergi ke situ lagi..eh,kau dapat senjata apa ye?"tanya Erin mengalah.

"Aku dapat panah busur.Kau Haziq?"

"Aku dapat WONKNIFE."

"Eleh..cuma dapat tu jek,aku dapat senjata cam Chinese sobre tu"Celah satu suara.Rupanya-rupanya Ellie.

"Awak dapat apa Haiqal?"Tanya Ellie ramah.Haiqal mencebik.Kerana malas nak melayan Ellie,dia bertanya kepada Erin.

"Kau pula dapat apa Erin?"

"Ohhh aku dapat..ermm..ape yek namanye..ermmm...HAH!!!namanya SILVERSWORD."Ujar Erin teruja.Yang lain ternganga.

"Gila la kau!!!!hebat tau pedang tu!!"Haziq berkata separuh menjerit kerana teruja.

"Itu senjata paling best tau!!"Sambung Haiqal pula.Ellie pula makin benci melihat kemewahan yang diberi kepada Erin.

"Macam bagus sangat.."Cebik Elliie.

"Memang bagus pun..."Kata Iman yang entah bila muncul.mungkin dengar apa yang diucapkan oleh Ellie.Dilihatnya juga Aary disebelahnya.

"Congrats,you deserve it.."Puji Iman.

"You're welcome."

Tiba-tiba satu garis kuning halus berada di hadapannya.Rupa-rupanya Twinkle.

"Queen Marabella menyuruh kamu semua berkumpul di dewan makan pada esok pagi ni pukul 8:00 ante meridian.Itu saja."Katanya lalu pergi.

"Asal Ratu suruh kita berkumpul lagi?"Tanya Aary.

"Entahla...pegi je lah.."kata Erin mewakili mereka semua dan beredar ke bilik masing-masing...

Rabu, 14 Oktober 2009

BAB 4


"Eric,apa yang kau buat hah?!"Jerkah papa Eric.

"Tak de pape,semua ni rancangan bodoh papa.Tak cukup ke hanya memerintah dunia Darksym?papa dah ada semua,jangan jadi bongkak lah papa..."

"Papa tak kira semua itu!yang penting kau mesti tolong papa!"Bentak Helios,Raja Kejahatan.Anaknya ini semakin hari semakin berkurang ajar dengannya.Dia tak tahu apa yang merasuknya.

"Suka hatila papa..Eric nak kuar jap..."katanya sambil berlalu.Dia tidak peduli pabila papanya menjerit memanggil namanya.

*************************************************************************************
"Ahh,kat mana aku ni..?"dia kebingunan.Apa yang dia ingat dia nampak katak yang bewarna hijau.Dia memandang sekeliling.Gelap.Tak de cahaya.Dia menyebut 'Silver Knight'.Perkataan itu membantu dia semasakali pertama dia di sini.

"Siapa kau?"satu suara garau bertanya.Erin memandang ke arah suara itu.

"Aku,Engku Erinna" Tergagap dia menjawab.Kemudian keluar satu susuk tubuh yang bewarna hitam.Dia sudah menggigil ketakutan.

"Tak yahla takut...aku Eric,aku adalah put..err..er..nama penuh aku Putera Eric."Eric menggelabah.'Fuh,nasib baik aku tak cakap siapa sebenarnya aku.'Eric menarik nafas lega.Erin pun sama.

"Oh....awak buat ape kat sini..?"tanya Erin.

"Tak de pape...boring kat is....err..kat rumah.."Sekali lagi dia hampir memberitahu asal usul dia.

"Rumah?Kat sini ada rumah ke?"tanya Erin ramah.Dia mula berasa selesa dengan jejaka itu.

"Ada..."Eric juga semakin selesa dengan Erin.'Kalaula dia ni bukan manusia..'

"Awak.."Percakapan Erin terhenti apabila tangannya mengeluarkan cahaya.

"Maaf saya kene balik dulu.."Ujar Erin tergesa-gesa lalu segera menghilangkan diri dengan tunjuk ajar yang telah diberi oleh Shin dengan Twin.

Eric pula tidak sempat untuk berkata apa-apa memandangkan lidahnya kelu apabila Erin pandai menghilangkan dirinya.'Takkan dia ni orang sini?Kalau bukan,kenapa dia tahu gunakan magik?'Persoalan itu berlegar-legar di ruang kepala Eric.Dia yang baru keluar dari istana tadi terlihat cahaya bewarna silver dari arah belukar di depan sana.Lalu dia mengambil keputusan untuk melihatnya.Dia juga bingung apabila dia mula berasa kehidupannya terisi apabila gadis itu muncul dihadapannya.

*************************************************************************************

"Erin,kau pergi kemana?!"Marah Haziq.

"Kau buat kitaorang risau tahu tak?!"Haiqal pun marah.

"He..he..he..adala.."Jawab Erin sambil tersengih-sengih.

P/S:Maaf sebab lambat edit...ideanye kering..he..he..^_^...:)

Khamis, 8 Oktober 2009

BAB 3

"Shahrul atau Amer Knight,kuasa Kebijaksanaan.Iman atau Shin Knight,kuasa cahaya.Ellie atau Crista Knight,kuasa pertahanan.Aary atau Twik Knight,kuasa pembahagian.Tugas kamu empat adalah menjaga pertahanan negara."Kata Queen Marabella.Ellie mengetap bibir perlahan.'Asal bukan aku yang dapat kuasa kesucian dan kemakmuran?dapat kuasa satu lagi?tak de class langsung!!'Sebenarnya,Ellie teringin sangat nak dapat kuasa itu,cuma perangai dia yang buatkan kuasa itu tak pergi pada dia.Penyerahan ini berdasarkan penilaian diri mereka.
"Haziq atau Wonder Knight,kuasa empat elemen dan dan dimensi.Haiqal atau Knight Ways,kuasa ketulusan dan keberanian." Haiqal dan Haziq hanya mengangguk.Mereka tahu,hanya Erin yang layak untuk memegang kuasa suci tersebut.Ellie apatah lagi,macam nak marah je kat Erin tu.Patutnya dia yang dapat kuasa tu.

'Berlagak!!!!'

"Erin atau Silver Knight,awak telah terpilih untuk memegang kuasa suci ini.Kuasa kemakmuran dan kesucian.Harap tiada yang bersengketa.Ellie dan Erin mulakan latihan esok.Senjata kamu akan dihantar pada malam esok."Kata Queen Marabella terus menghilangkan diri.

*************************************************************************************

Erin hanya memakai baju biru-biru hijau lengan pendek dengan seluar putih.Dia hanya mengangguk apabila Iman dengan Aary memberi keterangan.'Hishhh,kenapala blajar magik ni susah sangat?tengok cara Haiqal buat masa tu tak dela susah sangat!'Erin komplen.

"Hey Silver,kau dengar tak apa yang aku cakap?"Kata Iman apabila melihat Erin seperti mengelamun.

"Tak de papela..teruskan je.."

"Kalau ada soalan tanya lah..atau kau sebenarnya nak suruh Haiqal ngan Haziq yang ajar kau kan??"Aary mengusik.Rona kemerahan sudah menyimbah ke muka Erin.

"Tak de papelah..cpat teruskan.Nanti aku blah baru tahu!"Gertak Erin.Sebenarnya dia bengang.Iman dan Aary terus memulakan pembelajaran.Takut nanti kene marah dengan ratulah tu..He..he.he..

Haiqal yang tadi terhendap-hendap melihat Erin disergah.

"HOI!!!!ape kes menghendap perantis lain ni??" Haziq bertanya sambil menahan ketawanya.

"Suka hati mak bapak tiri aku lah..kan kau kene latih Ellie skarang?"

"Hai...syok sangat sampai lupe ke yang kau pun kene latih Ellie juga.."Haziq memulangkan paku buah keras.Haiqal pula menahan geram.Lalu,terjadilah pergaduhan antara mereka.

*************************************************************************************
Erin baru habis 'belajar'.Dia terdengar seperti suara sedang bertengkar.Dalam perjalanannya dia bertembung dengan Ellie.Tiba-tiba melayang penampar di pipinya.

"Dasar perempuan tak tahu malu!!"jerkah Ellie.Erin terpampam.Begitu juga dengan Haziq dan Haiqal.

"Sebab kaulah aku tak dapat kuasa tu!!!!!!"Ellie tidak puas hati.Haziq dan Haiqal apa lagi,merah muka diorang.Haiqal memandang Haziq dan begitulah sebaliknya.Mereka berdua tersenyum sinis.Mereka menghalakan tangan mereka berdua serentak ke arah Ellie yang sedang memaki hamun Erin.

"SHADOW OF A FROG!!!"


Mereka mengenakan sumpahan.Terus sahaja Ellie betukar menjadi katak hijau.Terbahak-bahak mereka berdua ketawa.Ellie lantas beredar dari situ.Erin pula yang memang dari dulu takut katak terus saja pengsan.Haiqal dan Haziq yang tadinya ketawa pantas meluru ke arah Erin yang sudah terjelupuk pengsan.Tulah...ketawa banyak sangat...
Ellie menuju ke bilik Shahrul untuk meminta bantuan.


PREBIT!PREBIT!


Shahrul yang baru selesai mandi terus meluru keluar dan melihat seekor katak di hadapannya.

"Ellie?"katak itu terus dengan bunyinya.Shahrul sudah tahu.

"THE SILINCE CURSE!!"Katak itu betukar menjadi kepulan asap ungu lalu menjadi sebentuk tubuh Ellie.

"Apa dah terjadi?"

"Tak yah tanya.."Kata Ellie lantas berlalu dari situ.....

P/S:Maaf,ayat2 magik ni saya main entam je...and tenkiu sebab jadi pengikut pada novel saya yang tak bape best ni..__^_^:)and...tlg komen cite ni,nanti..boleh saya perbetulkan jika ada yang salah...

Sabtu, 3 Oktober 2009

BAB 2


"Soratheos,masuk!"perintah satu suara.Soratheos adalah makhluk buas yang suka minum darah.Especially yang ada kuasa.

"Ya,master?"

"Siapa yang kamu serang malam tadi?"

"Kesatria ke-7 master.''

"Saya ada tugas baru untuk kamu.Tangkap kesatria ke-7 dan kurung dia di dalam bilik lama.Saya akan jadikan dia tebusan untuk menakluk dunia Fantasym."Kata lelaki itu dengan senyuman yang sinis.

*************************************************************************************
Erin memerhatikan kamarnya yang dihias mengikut warna kesukaannya,warna silver.Haiqal juga dah memperkenalkan dia dengan kesatria yang lain.Semuanya baik kecuali Ellie,kesatria ke-3.Ellie seakan tidak menerima kedatangannya ke dunia Fantasym.Cuma dia dan Ellie sahaja kesatria perempuan,mungkin sebab dia tidak dapat menerima hakikat bahawa dirinya juga terpilih sebagai kesatria.

"Tok!Tok!Tok!"Pintu kamarnya diketuk.

Erin membuka pintunya.Kelihatan Haziq,kesatria ke-1 atau WonderKnight berdiri dengan memegang sehelai baju gaun yang bewarna Silver.'Cantinya baju tu.Mesti untuk Ellie.'

"Ya,Haziq.Ada apa?"tanyanya lembut.Haziq tersenyum.

"Queen Marabella menyuruh kite semua untukberkumpul di dewan makan pada malam ni."

"Saya akan datang..."

"Oh ya.Ini dari Queen Marabella untuk awak.."Haziq menunjukkan baju yang dipegangnya.Dengan kilauan permata menghiasi ruang dadanya.

"Betul ke Queen Marabella yang bagi?"Tanya Erin curiga.'Bukan untuk Ellie ke?'

Haziq sekali lagi tersenyum.Erin dapat mengesan sesuatu.

"Awak yang bagi kan?"Erin membuat serkap jarang.Haziq masih terus terusan tersenyum.Erin mengeluh.

"Kenapa tak bagi kat Ellie?Tak pasal pasal muka saya lebam kene kerjakan dengan dia sebab awak tak bagi baju kat dia.."Erin menyatakan kerisauannya.

"Jangan risau...Shahrul dah bagi dia baju dah.."Haziq menjawab.Erin lega.

"jumpa malam ni ye.."Kata Haziq sebelum menghilangkan diri.

*************************************************************************************
Semua mata tertumpu ke arahnya.Dia pelik .'Comot ke mekap aku?walaupun ni kali pertama aku pakai,tapi aku dah checking dah..'Dia bertanya pada dirinya.

"Cantik awak hari ni,kalah Ellie"Usik Haziq yang entah bila berada di sebelahnya.

"Iye ke?terima kasih.."ucap Erin.Erin mengambil tempat yang telah disediakan iaitu di sebelah Queen Marabella.Dihadapannya Ellie yang memakai baju bewarna putih air susu manakala sebelahnya Shahrul yang memakai tuxedo hitam.

"Cantik baju awak,Silver.Memang padan dengan awak."Puji Queen Marabella.

"Memang padan dengan..cantik sangat!!"Giliran Haiqal pula mengiakan.

"Janganlah puji saya lebih-lebih.."Erin sudah tersipu-sipu malu.

"Tu..dengar tu.Dia tak suke orang puji dia lebih-lebih.."Nada Ellie seperti mahu orang lain ingat akan kewujudan dia.Yalah...dari tadi orang asyik pandang Erin je..jealose la tu..Lantas dia memberi isyarat mata kepada Shahrul untuk memujinya.

"Aah..Ellie pun cantik apa..pakai baju putih bak kilauan permata..."balas Shahrul setelah faham maksud jelingan mata Ellie.Mereka yang lain hanya menahan ketawa.Ellie yang faham dengan situasi itu menarik muka.Queen Marabella berkata untuk mengelakkan suasana 'panas' berlaku.

"Oh ya Shin,bagaimana dengan kuasa kamu?dah ada peningkatan belum?"

"Setakat ini masih baik,Ratu."Shin Knight atau dikenali sebagai Iman menjawab dengan sopan.

"Silver,dah mula berlatih belum?Ellie pun dah mula ke?"

"Belum Ratu."jawab mereka berdua serentak.

"Saya bagi kamu pilihan.Pilih mana-mana perantis yang kamu mahu untuk melatih kamu."Queen Marabella memberi peluang.

"Saya..."sebelum sempat Erin berkata Ellie sudah memotong.

"Saya pilih Wonder dengan Ways."Ellie tergopoh-gopoh.Erin mengeluh.Dia ingat dia ingin memilih mereka berdua untuk melatihnya kerana dia rasa sudah serasi dengan mereka.

"Saya pilih Twin dan Shin."Erin menjawab perlahan.Haziq dan Haiqal yang menginginkan Erin untuk dilatih menarik nafas kecewa.Terpaksa pula dia melayan 'Anak Burung Murai'.

"Dan sebelum saya terlupa,buka kotak yang berada di hadapan kamu.Ianya adalah kuasa yang telah ditentukan untuk para kesatria.Jangan mempertikaikannya."Kata Queen Marabella dengan tegas.

Mereka membuka kotak itu dengan perasaan ingin tahu.Keluar cahaya yang bersinar daripada kotak itu,lalu masuk ke dalam diri mereka...

Jumaat, 2 Oktober 2009

BAB 1


Masa terhenti.Semua yang berada di situ kaku.Erin cuba melambaikan tangannya di hadapan Aira,namun tiada reaksi.Tangannya masih lagi mengeluarkan cahaya berwarna silver.Namun dia pelik,cuma dia dan seorang lelaki yang berada di hujung cafe itu yang bergerak.
Tiba-tiba tangannya ditarik keluar dari cafe.Dia terpaksa mendongakkan kepalanya sedikit.'inikan lelaki yang ada kat cafe tadi?'Erin cuba meronta tapi pengangan kemas lelaki itu menyekat tangannya.Sehingga sampai di suatu tempat,baru lelaki itu melepaskan pegangannya dan berkata.

"Sekarang tengok apa aku buat!'Kemudian lelaki itu menghalakan tangannya ke arah sebatang pokok.

"BANG!!!"Pokok itu tumbang.

Erin melopong.'Biar betul!'Erin meluaskan pandangan terhadap lelaki itu.Terdapat tanda pelik yang sama pada tangannya.

"Tanda yang ada kat tangan kau menujukkan bahawa kau ni kesatriake-7,iaitu SilverKnight.Aku adalah KnightWays,kesatria ke-4.Aku ditugaskan oleh Queen Marabella untuk bawa kau pulang."Lelaki itu mengahalakan tangannya ke arah sebuah kawasan lapang.Muncul sebuah portal bewarna biru.Erin masih lagi melopong.

Tidak percaya dengan dirinya,dia cuba menampar pipinya.Sebelum sempat dia menampar,lelaki itu menyerangnya.Nasib baik sempat elak.Dia menghembuskan nafas lega.

"Dah tahu ini bukan mimpi?"KnightWays menyindir.

"Cepat!ikut aku!!" perintah KnightWays bila melihat Erin masih diam.

'Huh,gila ape mamat tu!Nak sedarkan orang pun baik-baikla..ni main serang tak tentu pasal.Mentang-mentang ada kuasa magik,suka hati dia jerk!Nasib baik muka cute aku ni tak calar.Hish!Geram betul!!'Erin mendengus.Dia juga masih tak berganjak.
KnightWays menoleh ke belakang.

'Comel gak budak ni.Bila habis je misi ni,aku nak tackle dialah!'dia memasang azam di dalam hati.Dilihatnya SilverKnight masih belum berganjak.

"Apa yang kau nak tanya hah?"
Erin yang tadinya sepeti memikirkan sesuatu terentak lalu merenung wajah KnightWays.

"Kalau aku pergi ngan kau,macammane kehidupan aku kat sini?pelajaran aku?kawan-kawan aku?kalau diorang cari aku camne?"bertalu-talu soalan yang ditujukan oleh Erin.KnightWays selamba.

"Jangan risau,semua Queen Marabella dah pun uruskan.Sekarang kau ikut aku jek.Cepat,nanti portal itu tertutup."Erin masih lagi tak bergerak.
KnightWays berjalan ke arah Erin lalu mengangkat Erin.

'Ringannya pompuan ni!'Dia berkata di dalam hati.
Bagai terasa renjatan elektrik,Erin bingkas turun.KnightWays terus menolak Erin ke portal yang tinggal bape langkah lagi je.
Erin terdorong ke depan sambil menutup matanya.Dia takut.Apabila dia membuka matanya,keadaan di situ gelap.Dia menyebut perkataan 'SilverKnight'.Lalu keluar cahaya bewarna silver.Tidak semena-mena,dia ditolak.

"Hey!tak payahlah nak tolak aku!pandailah aku jalan sendiri!"Erin menegking.Sebenarnya dia sakit hati.

Sangkanya itu adalah KnightWays,namun sangkaannya meleset.Makhluk itu kelihatan ganas.Erin menapak ke belakang secara perlahan.Makhluk itu membuka langkah untuk menyerangnya.Tiba-tiba..

"SORATIFUIS"keluar cahaya bewarna biru yang terang dapat membuat makhluk itu berari ketakutan sebelum bertukar menjadi kepulan asap.Erin cuba mencari wajah di sebalik kepulan asap.

"KnightWays??"

"Ya,ini aku.Dan tak payah panggil aku dengan nama camtu.Putar belit lidah kau nak sebut.Panggil je Haiqal.."

"Ohh..Haiqal..tapi ko ni manusia ek?"

"Yes,I'm human,just like you.Anyway,aku nak panggil kau apa selain Silver?

"Engku Erinna.Panggil jek Erin."Haiqal menggangguk.

"Jomlah,tempat ni bahaya.Tak pasal-pasal aku jadi hero lagi nanti"kata Haiqal sambil tersengih-sengih.
Erin membulatkan matanya.Haiqal menghulurkan tangannya kepadanya.Erin pelik.

"Tolong usapkan tangan aku leh?"pinta Haiqal manja.Erin bertambah pelik jadinya.

"Asal ngan kau?tadi garang..sekarang..ermm..ko demam ek?"Tadi kat dunia aku,puhhhh sporting abis.Kat sini,manja macam biul.Erin cuba meletakkan tangannya di dahi Haiqal.Haiqal pantas menepis.

"Aku suruh kau usapkan tangan aku sebab tangan aku panas masa keluarkan cahaya tadi..tu pun sebab nak tolong kau!Dahlah! biar aku buat sendiri"Haiqal melenting.
Erin disebulungi rasa serba salah.Haiqal mengerling wajah bersalah Erin.'Padan muka!'Ejek Haiqal.Namun bila memikirkan balik,merekamasih di dunia kegelapan.

"Jom kite balik."Kata Haiqal lembut.

'Aik??!pelik betul mamat ni.Tadi nengking,skrang lembut la pulak'Erin pantas menggangguk.Seram juga dia kat situ.
Tanpa mereka sedari,ada mata yang memerhatikan mereka...